Thread Reader
Pakcik Jalal

Pakcik Jalal
@jllmisai

Nov 25, 2022
6 tweets
Twitter

Antara sejarah tercipta di PRU kali ini ialah: 1. Kali pertama dalam sejarah PM mempunyai isteri yang juga seorang ahli parlimen. 2. Kali pertama juga dalam sejarah, PM dan isteri pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada orang yang sama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

3. Kali pertama juga dalam sejarah kerajaan tak boleh dibentuk kerana tiada parti menang majoriti mudah. 4. Kali pertama juga dalam sejarah; Kerajaan yang dibentuk adalah dalam bentuk gabungan dari kawan - musuh utama sebelum PRU.
5. Kali pertama dalam sejarah DYMM Tuanku YDPA meminta kerajaan yang dibangunkan kali ini adalah dalam bentuk perpaduan. 6. Kali pertama dalam sejarah, Ahli Parlimen terbanyak dimenangi oleh PAS sebanyak 49 kerusi dengan jumlah undi terbanyak iaitu 2,600,492 undi.
7. Kali pertama dalam sejarah, anak muda berumur 18 tahun boleh memilih kerajaan hari ini. Tahniah Malaysia. Semoga terus aman makmur dan sejahtera. Berlapang dada semua. Suka atau tidak, kita sudah ada PM ke-10. Bersyukur untuk semalam, berdoa untuk esok.
Kalau ada sejarah lain lagi, sila tambah di ruangan komen.
Tambahan bang: 7: Kali pertama ada dua ‘Azizah’ dalam satu Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia (Permaisuri Agong & isteri Perdana Menteri)
Pakcik Jalal

Pakcik Jalal

@jllmisai
Akaun menyakat saja. Sukarelawan @MarhaenMy.. TikTok : jalalmisai1. RT does not means endorsement. Paid RT.
Follow on Twitter
Missing some tweets in this thread? Or failed to load images or videos? You can try to .