Thread Reader
STS

STS
@ShakiraTeh

Nov 25, 2022
13 tweets
Twitter

Mungkin ada yang menganggap jawatan Menteri Kewangan ini adalah seperti Auditor, Akauntan atau Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di mana2 syarikat swasta. 1/n

Salah satu persamaan Menteri Kewangan dgn pegawai kewangan swasta,adalah memastikan sebarang transaksi atau perolehan yang dibuat adalah mengikut standard yang telah ditetapkan dan dibuat dengan telus, tanpa ketirisan, selari dengan prinsip urus tadbir yang baik. 2/n
Namun, walaupun ada persamaan, terdapat beberapa perbezaan ketara. Salah satunya ialah kepada fungsi utama kementerian kewangan mencari langkah2 utk meningkatkan hasil kerajaan, sebaik2nya dgn kaedah yg progresif. 3/n
Berbanding di sektor swasta, di mana 'revenue' atau hasil, lazimnya di pertanggungjwabkan di bahagian 'sales' atau jualan, bukan kewangan. Tambahan lagi, sesuatu kerajaan tidak mempunyai produk atau servis untuk dijual; hasil kerajaan kebanyakkannya dtg dari kutipan cukai. 4/n
Untuk Malaysia, ini sememangnya antara cabaran penting kerajaan. Hasil kutipan kerajaan (dalam peratusan KDNK) berada dalam trend penurunan sejak tahun 2012, dan antara terendah berbanding negara2 yg mempunyai tahap pembangunan yg setaraf. 5/n
Selain itu, tugas utama kementerian kewangan ialah menguruskan perbelanjaan negara dgn baik. Namun, berbanding dgn sektor swasta, ini bukan bermakna mencari langkah2 penjimatan semata2 tetapi memastikan wang yg dibelanjakan adalah utk perkara2 yg memberi manfaat kpd rakyat. 6/n
Keperluan perbelanjaan negara dalam beberapa perkara sememangnya perlu ditingkatkan lagi. Contohnya perbelanjaan jaringan keselamatan sosial spt bantuan tunai kepada golongan rentan dan berpendapatan rendah di Malaysia masih rendah berbanding negara2 lain. 7/n
Dalam contoh ini, perbelanjaan sosial dan subsidi bukan sahaja harus ditingkatkan, tetapi pada masa yang sama, harus lebih bersasar. Penjimatan daripada pengurangan subsidi umum seperti subsidi minyak seharusnya dipindahkan kepada golongan yang memerlukan bantuan. 8/n
Objektif utama menteri kewangan bukanlah untuk memastikan terdapat lebihan selepas perbelanjaan semata2 (lebihan fiskal/ fiscal surplus); berbeza di sektor korporat di mana keuntungan (hasil melebihi kos/ perbelanjaan) menjadi matlamat utama. 9/n
Mungkin konsep yang mudah yang boleh diguna pakai ialah "Collect more and spend better" dan bukan semestinya "Collect more and spend less". 10/n
Akhir sekali, menteri/ kementerian kewangan ini ialah salah satu portfolio yang berinteraksi dengan semua kementerian2, agensi2 lain termasuk juga kerajaan2 negeri. Maka, perlu ada sisi empati dan diplomatik serta sanggup mendengar keperluan perbelanjaan semua pihak. 11/n
Oklah, I don't want to come across as preachy or grandstanding, or apa2 ka yang sewaktu dengannya so I'll stop here. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ™ This is just some observations I have as someone who have some familiarity with macroeconomic policy making, albeit sebagai watak kecil sahaja. πŸ˜…12/n
The charts and analysis in the thread above can be found here: 13/n worldbank.org/en/country/mal…
STS

STS

@ShakiraTeh
Sociology, Economics, Public Policy | PhD candidate @IOE_London @ucl | Researching on meritocracy & the elites | @ColumbiaSIPA '11 | Mom to autistic twins A&Z
Follow on Twitter
Missing some tweets in this thread? Or failed to load images or videos? You can try to .