Thread Reader

E. Nygma

@SyazanaMI

19h

13 tweets
Twitter

Hari ini, berlaku satu peristiwa mendebarkan dalam pejabat, sewaktu aku sedang sibuk bergaduh dengan mesin pencetak. Lebih daripada 5 orang pelajar tingkatan 1 dipanggil ke pejabat, bersama guru disiplin dan salah seorang guru subjek.

Aku curi-curi dengar, memandangkan pertengkaran yang berlaku agak intense. Tapi aku masih tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Guru disiplin meninggikan suara pada salah seorang pelajar, dan pelajar tersebut juga meninggikan suaranya untuk menjelaskan perkara sebenar.

Mereka saling berbalah. Guru disiplin memarahi pelajar tersebut, tapi pelajar tersebut menafikan sekeras-kerasnya. Dia nampak begitu tertekan dalam mempertahankan dirinya, dan berkali-kali bersumpah dia tidak melakukan kesalahan tersebut.

Aku juga terdengar dia berkata dengan nada yang tegas dan suara yang kuat, "I SWEAR ON MY BLOOD!" tapi guru disiplin tersebut dengan segera memotong kata-kata pelajar terbabit, dan bertegas, jangan main sumpah.

Mereka saling menjerit. Ya. Guru disiplin meninggikan suara, pelajar tersebut juga meninggikan suara, para pelajar lain hanya saling berpandangan dan tunduk, tidak mampu bertentang mata dengan guru disiplin. Aku pula semakin rancak bergaduh dengan mesin pencetak. Syaitan.

Sewaktu aku habis menggunakan mesin pencetak, mereka masih lagi berbalah. Kalau aku mampu lihat dengan mata batin, nescaya aku nampak asap berkepul-kepul keluar dari telinga guru disiplin, menandakan betapa marahnya dia sewaktu itu.

Guru subjek yang ada di situ juga kelihatan sangat sedih, marah, kecewa. Pastinya berlaku sesuatu yang serius di dalam kelas sewaktu guru tersebut mengajar. Aku jangka. Ahhhhh, tak boleh jadi. Aku harus siasat dengan lebih lanjut!

Waktu pulang tadi, aku terserempak dengan salah seorang rakan sekerja aku. Dan kami berbual. Maka aku bertanya pada dia, kalaulah dia tahu kejadian yang berlaku di sekolah, pada kelas terbabit, para pelajar yang terlibat, dan guru subjek tersebut.

Aku bernasib baik. Dia tahu akan kejadian tersebut. Buntang matanya, sewaktu dia menceritakan apa yang terjadi pada aku. Dan aku mendengar dengan penuh tekun. Ceritanya begini ...

Guru subjek yang hari ini berpakaian serba ungu sedang naik tangga, menuju ke kelas tingkatan 1, dan salah seorang pelajar kelas tersebut berada di situ. Dia nampak guru subjeknya, dan dengan bersahaja dia berpusing dan berkata ...

"PURPLE DINOSAUR IS COMING! PURPLE DINOSAUR IS COMING!"

Sekian. So engko tahu lah kenapa budak tu kena marah dengan guru disiplin, sebab guru subjek tu sentap dan report pada guru disiplin. Dan budak tu tak mengaku. Dia cakap dia tengah sembang pasal Barney waktu tu. Celaka, kelakar nak mampus. Aku gelak macam setan lepas tahu.

Aku menaip dan bercerita balik ini pun berair mata aku ketawa. Alaaaaa bodoh. Purple dinosaur is coming. Macam mana cikgu engko tak sentap. Engko body shaming dia, panggil dia purple dinosaur. Setan lah!

E. Nygma

@SyazanaMI

The cupcake is sweet, the bullet is deadly. A beautiful woman’s a dangerous thing.

Follow on Twitter