Thread Reader

Fahmi Hassan RPh

@Fahmibinhassan

Sep 23

8 tweets
Twitter

Apa guna makan ubat kalau kena makan sampai mati? Soalan yang bagus. Benar, untuk sesetengah keadaan, ubat perlu dimakan sepanjang hayat. Tapi pertama sekali, kita kena faham apa definisi ubat.

Ubat adalah apa apa bahan yang bila dimasukkan ke dalam badan, ia boleh MERAWAT, MENGAWAL, atau MENCEGAH penyakit. Jadi fungsi ubat ni bukan semata mata menyembuhkan penyakit. Kerap kali fungsi yang lebih penting adalah mengawal penyakit supaya badan kekal sihat.

Kebiasaannya, ubat mengawal ini adalah untuk penyakit penyakit tidak berjangkit. Contohnya kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dll. Ubatan bagi penyakit ini perlu dimakan sepanjang hayat. Jika diambil konsisten mengikut dos, komplikasi buruk kesihatan dapat dicegah.

Ada juga ubat yang boleh merawat penyakit. Contohnya antibiotik untuk membunuh jangkitan kuman. Atau ubatan untuk melegakan sakit akibat inflamasi. Ia dapat menghilangkan kesakitan dengan mengurangkan inflamasi.

Namun begitu, ubatan seperti ini kadangkala adalah bersifat melegakan simptom. Rawatan lain, sama ada bentuk ubat atau bukan, diperlukan untuk menyembuhkan punca masalah.

Sejenis lagi ubat adalah untuk mencegah penyakit. Yang paling popular sudah pasti vaksin. Kita ambil sebelum virus menjangkiti kita. Selain itu, satu contoh lagi kombinasi ubat untuk menghalang HIV. Ia dipanggil Pre Exposure Prophylaxis atau ringkasnya PrEP.

Kombinasi ini diambil oleh golongan yang tidak menghidap HIV tetapi mengamalkan gaya hidup berisiko, atau mempunyai pasangan yang dijangkiti HIV. Namun begitu ubat ini juga perlu diambil setiap hari secara berpanjangan selagi mana risiko jangkitan masih ada.

Secara ringkas, begitulah cerita ubat untuk mengawal, merawat dan juga mengelakkan penyakit. Apa pun ubat yang anda dapat, ia hanya berkesan pada dos dan aturan yang betul. Jadi, jangan abaikan kepatuhan terhadap pengambilan ubat! #medtweetmy

Fahmi Hassan RPh

@Fahmibinhassan

Pharmacist::Writer #sainsbukandemokrasi

Follow on Twitter

Missing some tweets in this thread? Or failed to load images or videos? You can try to .