Thread Reader
Mas jep

Mas jep
@jeffrazi

Nov 25, 2022
7 tweets
Twitter

AKTA KERJA (PINDAAN 2022) YANG WAJIB KORANG TAHU.💼 Wajib tahu ni untuk mengelakkan dari DITINDAS DAN DITIPU oleh bos bos korang. Tarikh kuatkuasa bagi semua ni berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

1) Waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam sahaja. 2) Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.
3) Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat ikut 3 perkara ni: - Langgar syarat Kontrak Kerja - Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang betul spt. Show Cause Letter Warning Letter) - Syarikat tutup seperti bankrupt.
4. Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan sebanyak 60 hari. Namun, ikut Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti Sakit (MC) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi Kelayakan Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari
5) Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. Pekerja tersebut hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).
7. Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai cth jenis gangguan seksual atau langkah2 yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat kerja.
Nampak remeh, tapi caya lah. Berapa ramai yang kena tindas dengan majikan... Kalau nak cari kerja, Maukerja ada buat kempen besar besaran untuk korang yang tengah cari kerja. Kempen start harini weh. Join jelah sini - bit.ly/3hYvOHa
Mas jep

Mas jep

@jeffrazi
Selalu ada menemanimu sampai kita dihapus waktu - Kunto Aji
Follow on Twitter
Missing some tweets in this thread? Or failed to load images or videos? You can try to .